Pada tahun 2009 saya telah membeli buku ini.Saya sudah membaca berulang kali.Baru sekarang dapat peluang untuk review buku ini.
Secara keseluruhannya buku cukup menarik.Buku ini telah diulang cetak sehingga 10 kali cetakan.Ini bermakna buku tersebut menjadi bestseller dan terjual sehingga 20,000 naskah.
Penulis buku ini seorang Cina iaitu Mr Ann Wan Seng.Beliau berjaya mengupas kandungan buku ini dengan bahasa yang mudah,menarik dan seronok untuk dibaca.Ternyata pengalaman sebagai orang yang lahir dalam keluarga cina yang berniaga digarap beliau dengan jayanya.
Kejayaan orang cina dalam perniagaan memang tidak dapat dinafikan.Golongan cina ramai yang bergelar billionaire di Malaysia.Tentu sahaja kejayaan begini menimbulkan perasaan ingin tahu kepada masyarakat.
Persoalan yang bermain difikiran mereka akan terjawap melalui buku ini.Sebahagian besar rahsia orang cina untuk berjaya dalam perniagaan didedahkan.Ada yang bersifat umum dan ada yang khusus.Ternyata untuk berjaya dalam perniagaan kita mesti berusaha dan bekerja keras.Tiada formula jalan pintas.Dalam usaha mencapai sesuatu perlukan masa.Biarkan masa menentukan kejayaan.Bukan soal lambat atau cepat.
Saya berpendapat seseorang yang ingin menceburi perniagaan perlu membaca buku ini.Baca dan fahamkan ilmu yang terkandung dalamnya.Apabila sudah faham tentu proses untuk mengamalkan ilmu itu tidak sukar.
Bak kata penulis buku ini,kita tidak perlu menjadi orang cina untuk berjaya dalam perniagaan.Sebaliknya kita mesti berfikir sebagaimana orang cina berfikir dalam perniagaan
p/s: mari melihat sendiri bagaimana Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda
9 komentar untuk " Review Buku :Rahsia Bisnes Orang Cina "
10 kali cetakan ni.. bagus ni..
ikut rasulullah berniaga pun bagus juga. jujur amanah.. yg tu susah nak cari tu, wpun sesama melayu..
kalau di malaysia, orang cina memang berjaya dalam perniagaan
tapi bangsa lain juga boleh berjaya
asal saja ada ilmu dan ada usaha
As Salam...
Kalau nak berniaga boleh ikut contoh orang Cina...tak hangat-hangat si tahi ayam..tapi ramai peniaga-peniaga Melayu yang dah berjaya hingga ke acup atap...termasuk bangsa-bangsa lain juga, pokoknya minat, gigih, toleransi dan kesabaran dalam kesungguhan harus menjadi pakaian... :)
100 kali baca pun takper..
kawan saya pernah tanya kepada orang cina...macam mana mereka boleh kaya..orang cina tu cakap senang je, kerana mereka mau wang...oleh kerana mahu wang, mereka berusaha sedaya upaya untuk dapatkan wang dan bukn sekadar cakap2x sahaja....tak pernah kenal erti penat....itula yang dikatakannya..
nampaknya kena pergi cari buku nie..baru dpt tahu rahsianya..:-)
Hai sahabatku.. maaf lama x singgah sini.
Setuju sekli tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Buku ini bagus untuk panduan untuk berjaya.
kesedaran penting untuk berniaga cara islam..
memang patut dan ilmu boleh dicari di mana2 sahaja.
Post a Comment