google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Hari Lautan Sedunia | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Hari Lautan Sedunia

 

Dalam dunia ini terlalu banyak hari penting yang perlu kita sambut.Paling popular ialah hari Kiamat,hari lahir,hari raya dan pelbagai hari.Hari-hari pun boleh.Mari kita renung sejenak apakan maksud di sebalik Hari Lautan Sedunia.?

 

Menurut wikipedia :

 

“Hari Lautan Sedunia bermula pada 8 Jun, 1992 semasa Kemuncak Bumi -(Earth Summit) di Rio de Janeiro, Brazil. Namun, ini bukan suatu hari cuti sekular yang diiktiraf secara rasmi oleh PBB untuk masa kini.

 

Hari Lautan Sedunia merupakan peluang setiap tahun bagi menghormati lautan dan hasil yang didapati darinya, seperti makanan laut, juga haiwan laut yang dibela dalam akuarium dan sebagai haiwan belaan. Lautan turut menjadi laluan laut bagi perdagangan antara bangsa. Pencemaran sejagat dan terlebih guna ikan telah menyebabkan pengurangan mengejut kebanyakan spesies hidupan laut.”

 

lautan

Sumber grafik : www.google.com

 

Saya suka mandi laut.Namun air laut yang bersih dan selamat.Tambah-tambah lagi kalau laut yang cantik dan indah.Lagi seronok nak mandi.Jadi kita bertanggung jawab terhadap laut.Menjaga dan memulihara daripada pencemaran minyak,bahan toksid dan sebagainya.Terima kasih kepada laman web ini kerana menyumbang berita tentang Hari lautan Sedunia 2013.

 

Hari Lautan Sedunia bukan sekadar memfokus kepada laut.Apa yang terpenting juga ialah khazanah yang terkandung bawah laut.Sebut sahaja hidupan laut yang terdiri daripada ribuan spesies ikan,alga dan batu karang.

 

Tip-tip untuk menjaga lautan supaya kekal bersih :

 

1.Tanamkan kesedaran bahawa laut adalah sumber kehidupan.

2.Promosi besar-besar melalui media cetak dan sosial.

3.Pameran bergerak ke seluruh negara.

4.Menubuh tabung khas untuk mendapat dana penyelidikan

5.Buat lirik lagu tentang laut

 

“ andai dipisah laut dan pantai….”

 

Minat saya terhadap laut masih menebal.Saya masih menyimpan angan-angan untuk mendapat lesen sebagai penyelam supaya dapat menghayati keindahan laut.Sempena Hari Lautan ini saya benar-benar berdoa supaya ada kesedaran dalam hati kita bahawa lautan adalah sumber kehidupan

 

Sekilas pandang:

 

Sambutan Hari Lautan Sedunia masih belum gempak di Malaysia.Kita belum ada kecintaan mendalam dengan laut.

 

Namun bagi nelayan dan pelayar kapal, laut adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.Membesar bersama laut dan ada pula bertemu ajal ketika di laut.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Hari Lautan Sedunia . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/06/hari-lautan-sedunia.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Sunday 9 June 2013