google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Rakyat Sihat Negara Kuat | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Rakyat Sihat Negara Kuat

 

Sekali sekala buat entri berdasarkan cogan kata.Namun saya cuba untuk lari dari penulisan terlalu serius.Lari dari bayangan esei ketika zaman sekolah dahulu.

 

Pada umumnya kekuatan sesebuah negara tidak wajar diukur dengan perkembangan ekonomi semata-mata.Ada perkara lain yang tidak kurang pentingnya iaitu rakyat itu sendiri.Rakyat yang sihat,bertenaga dan produktif sudah pasti menjadi tunjang kepada kerancakan ekonomi.

 

Rakyat yang sihat menterjemahkan sumbangan mereka bukan di jalanan.Tidak sibuk mengganggu gugat ketenteraman awam.Tidak membuang masa dengan isu remeh yang tiada kepentingan umum.

 

images

Kredit gambar kepada http://malarang-kak.blogspot.com

 

Gambaran sebenar rakyat yang sihat ialah orang yang suka keharmonian,kedamaian,kestabilan dan perpaduan.Mereka bekerja sepenuh tenaga bagi mencari rezeki halal.Memastikan kehidupan dilimpahi kemewahan dan kemakmuran.

 

Bagi yang bekerja makan gaji mesti memburu kerjaya berpendapatan tinggi.Golongan usahawan mempertingkatkan kebolehan mencari keuntungan.Pihak kakitangan awam pula berkhidmat penuh integriti dan tinggi produktiviti.Impaknya negara akan kuat.Hebat bersaing dan menjadi negara maju lebih cepat dari yang diillhamkan melalui Wawasan 2020.

 

Sebagai alat yang memastikan rakyat Malaysia sihat, kerajaan telah melaksanakan 5 produk 1Malaysia yang terdiri seperti berikut:

 

1.Program Vitamin 1Malaysia

Bekalan vitamin C diberikan kepada murid sekolah rendah terutama dikawasan luarbandar.

 

 

2.Program Susu 1Malaysia 

Kanak-kanak di seluruh negara yang berada di sekolah rendah mendapat manfaat ini.Maklumat lanjut dapat diperolehi di sini

 

 

3.Klinik 1Malaysia

Perkhidmatan yang disediakan untuk memberi rawatan kes-kes yang kecil dengan bayaran paling minima.Maklumat lanjut layari laman web rasmi di sini

 

 

4.Pemeriksaan Mamogram 1Malaysia

Pemeriksaan adalah percuma untuk wanita yang berumur 40 tahun ke atas.Berminat mengetahui lebih lanjut sila layari laman web ini.

 

 

5.Portal MyHealth 1Malaysia

Melalui portal ini orang awam dapat maklumat kesihatan dengan segera.Pertanyaan mereka boleh dilakukan dalam ruangan Tanya Pakar.Maklumat lanjut sila ke laman web ini 

 

 

Sekilas pandang,

 

Ternyata kerajaan amat serius dalam urusan kesihatan.Kerajaan mahu rakyat sihat dan sejahtera.

 

Sebagai rakyat kita hendaklah berterima kasih dengan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang sedia ada.

 

Ini kalilah pergorbanan kita berbaloi kerana berkorban untuk negara tercinta besar manfaatnya.Kalau nak ikut program e-korban boleh layari ke link INI

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Produk 1Malaysia dengan judul Rakyat Sihat Negara Kuat . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/06/rakyat-sihat-negara-kuat.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Saturday 8 June 2013