google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU 5 Sebab Tewas Dalam Contest SEO Muslim Niaga | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

5 Sebab Tewas Dalam Contest SEO Muslim Niaga

kontest seo muslim niaga

 

Keputusan Contest SEO Muslim Niaga sudah diketahui umum.Ternyata kakiblog.my tewas dalam merebut tempat dalam halaman utama carian Google.Syukur walaupun tewas, KB telah menang dari segi moral berikutan penambahan dari segi ilmu tentang SEO.

 

Atas sebab ketewasan tersebut KB segera membuat bedah siasat untuk mencari punca sebenarnya.Perlu diingatkan bahawa KB baru belajar ilmu SEO dan jika ada percanggahan fakta tentang kupasan ini sila nyatakan segera dalam ruangan komen nanti.Tujuannya supaya ada pencerahan minda kepada KB sendiri dan para blogger yang menjadi pembaca blog ini.

 

Menurut kupasan KB yang cetek ilmu SEO ini,ada 5 sebab mengapa kakiblog tidak berada pada halaman utama dalam persaingan  kata kunci Muslim Niaga.

 

1.Blog domain .my

Sebelum ini ada sahabat blogger yang menyuarakan pandangan bahawa domain.my lemah dalam persaingan berbanding blogspot dan domain.com.Kini memang ada benarnya kerana kakiblog.my gagal bersaing untuk berada pada halaman utama Google.KB tersilap percaturan kerana tidak menggunakan blogspot dan com walaupun KB ada memiliki blog domain tersebut.

 

2.Signal Google Plus

Blog yang berjaya dalam contest SEO mempunyai rangkaian Google Plus beribu-ribu.Kalau boleh cecah ratus ribu supaya signal dari media sosial ini kuat dan kukuh.Secara logiknya Google Plus adalah keluarga Google.Jadi kelebihan alogaritma SEO memang datangnya dari media sosial ini.Kakiblog.my cuma ada berpuluh sahaja kawan dalam Google Plus.Mana cukup wei!

 

3.Anchor keyword onpage

Memang ada KB buat benda ini dalam entri kontest dan entri pelampung yang lain.Ternyata belum cukup kerana KB tak cukup rajin untuk menanam benda tersebut dalam blog sokongan yang lain.Kini KB baru sedar mengapa contest SEO perlu dilakukan selama sebulan supaya bagi masa untuk kita buat kerja yang sepatutnya.

 

4.Keyword offpage social bookmarking

Ini juga satu kesilapan buat KB kerana buat kerja separuh jalan.KB tak fokus dan asyik berangan untuk berada halaman utama sahaja.Akhirnya kuasa tarikan minda belum menjadi dalam soal-soal SEO.Nasi sudah menjadi bubur dan tak perlu dikesali lagi kerana perjuangan dalam ilmu SEO belum lagi berakhir.

 

5.Kekerapan setting dan kemaskini blog

Antara kelemahan KB dalam blogging ini ialah suka buat benda try and error.Ketika berlangsungnya contest SEO Muslim Niaga KB telah menukar setting permanent link.Itu satu kesilapan pada masa yang salah.Kesan penukaran setting tersebut SERP entri kontes KB terjejas teruk.Jatuh merudum dan terhempas di laut dalam.

 

Kakiblog.my akhirnya kecundang untuk berada pada halaman utama Google.Namun tidak kecewa kerana ia cumalah kontest tempat menguji kekuatan seo masing-masing.

 

Kesempatan ini KB nak ucapkan tahniah kepada para pemenang dalam setiap kategori.Peserta yang tertewas pula jangan berputus asa untuk mencuba lagi dalam kontest SEO yang lain pula.Dengan khabar ada kontest Aku Dan Kereta anjuran Salam Media.Jom mencuba rezeki kat sana pula.

 

[Catatan kaki]

 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> Portal Ilmu

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia blog dengan judul 5 Sebab Tewas Dalam Contest SEO Muslim Niaga . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2014/03/5-sebab-tewas-dalam-contest-seo-muslim.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Friday 14 March 2014