Sekali imbas tajuk entri kali macam kuliah agama.Jangan terkejut kerana saya tidak mengulas perkara ini dari sudut agama semata-mata.Saya bukan pakar.Saya cuma bapak budak yang masih belajar tentang agama Islam.Apa yang ingin saya ketengahkan ialah konsep bersabar dalam kehidupan universal.
Sesungguhnya kehidupan kita ini melalui banyak pancaroba( kata klasik),ujian,dugaan,kesukaran dan apa sahaja yang kurang berkenan di hati kita.Orang
Kesabaran boleh dipupuk dengan pelbagai kaedah.Sudah tentu pendekatan agama.Memang diakui sabar itu sifat orang beriman.Bahkan separuh dari iman.Agama Islam amat menitik beratkan konsep sabar dalam ibadah.Sabar mengerjakan kebaikan dan sabar pula menahan diri untuk melakukan kemungkaran.Ganjaran sabar diberi pahala yang tidak terkira.Selain itu masuk syurga tanpa hisab.Masya Allah hebat sungguh ini.
Nilai kesabaran dalam diri dapat juga dipupuk dengan mengubah cara berfikir.Corak pemikiran yang mementingkan diri sendiri wajar diubah.Cuba letakkan diri kita ini pada tempat orang lain.Cara berfikir seperti ini boleh diasah melalui seminar motivasi,buku dan blog blog yang berkaitan.Memang bukan mudah untuk mengubah cara berfikir.Ia sudah tertanam dalam cip otak sejak kecil lagi.Saya sengnaja memfokuskan sabar adalah satu daripada cara pemikiran seseorang.Kebiasaannya sabar melibatkan soal hati.Perlu diingatkan hati boleh berubah-ubah atau berbolak hati berbanding cara berfikir.Marilah memupuk sabar dengan mengubah cara berfikir seperti orang beriman.
Dalam teknik auto sugestion slogan sabar selalu kita gunakan secara tidak langsung.Antaranya sabarlah,apa boleh buat sabar sajalah dan sabar jak lah aku (Melayu Sarawak).Slogan ini kita sebut,ingat dan ulang beratus-ratus kali sehari.Kesannya minda separa sedar menganggap diri kita ini adalah orang yang paling bersabar atas muka bumi ini.Memanipulasikan minda separa sedar memberi kesan ajaib kepada seseorang.Bayangkan ketika kita kesedihan,sedang marah,kecewa dan merana kita sebut perkataan sabar untuk menenangkan emosi.Kita selalu bermonolog dengan kata-kata negatif.Jadi kita tukar kata-kata yang negatif kepada perkataan sabar,sabar dan sabar.Saya amat percaya teknik ini berkesan ketika kita hilang punca.
Kesimpulannya sabar adalah perkataan yang memberi kesan emosi kepada seseorang.Sabar terlalu tinggi nilainya.Sabar umpama air yang memadamkan panas api.Sabar seperti batu permata untuk dimiliki.Kepada mereka yang menerima ujian dan dugaan tingkatkan kesabaran.Kita tidak harus gelisah dan resah.Juga tidak perlu ribut-ribut kerana adanya kesabaran, nikmat kehidupan lebih terasa.
Sumber grafik:http://start.facemoods.com
p/s: saya mungkin lama tidak online selepas ini atas sebab sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan.Saya berdoa cabaran ini tidak lama supaya saya kembali berblogging.Saya cuba untuk bersabar meskipun saya tahu tiada bersama blog ini menyebabkan hati saya lara sepanjang masa,.Sabar 1000x
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori
motivasi diri
dengan judul
Mengapa Sabar Separuh Daripada Iman?
. Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL
http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/mengapa-sabar-separuh-daripada-iman.html
. Terima kasih!
Ditulis oleh:
mrhanafi
-
Thursday, 7 February 2013
12 komentar untuk " Mengapa Sabar Separuh Daripada Iman? "
bagus nasihat bro tu...
cara berfikir byk menentukan cara kita bertindak... so kena mulakan dgn memperbetulkan cara berfikir agar hidup kita lebih sabar dan bahagia.
Alhamdullilah betul tu bro..
menjadi penyabar memang susah...
perlukan latihan yang berterusan...latih minda ke arah bersabar :)
memang perlu banyak bersabar
dan aku sabar je nantikan entri baru di sini
hehe
entry yang berguna bro! sebagai peringatan kepada kita semua.. moga sentiasa sabar dalam apa jua keadaan
Salam manis dalam hujan tak renti-renti,
apa khabar En Hanafi.. :)
Perkasa sabar dalam penantian,
Entri baru dalam perjalanan... :D
Sabarkan bunga-bunga iman.. :D
yalah bro..dan entri terbaru akan menyusul juga selepas ini.
sama sama kita bersabar menghadapi cabaran hidup yang mendatang..
saya sihat sahaja..sentiasa sabar dalam semua keadaan.
bajai pokok-pokok iman sebelum mendapat bunga bunga iman.Proses yang panjang dan perlukan kesabaran.
Post a Comment