Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Seperti yang saya janjikan dalam entri yang pertama dahulu saya akan menyambung semula penulisan tentang pengalaman awal berbahasa Inggeris..
Pada kali ini saya akan ceritakan sewaktu bekerja di sebuah syarikat tempatan.Pekerja di syarikat ini tiada
Saya ditempatkan dalam makmal pemprosesan sebagai juruteknik proses.Kami semuanya ada 5 orang.Setiap pertukaran syif kami diwajibkan menulis laporan dalam buku log.Saya memang suka menulis.Tulisan saya banyak menggunakan bahasa bunga-bunga untuk mengambarkan perasaan saya ketika itu.Saya akhirnya ditegur kerana berkarya bukan pada tempatnya.Untuk makluman semua buku log ini ditulis
Akhirnya saya mengambil inisiatif cuba untuk membuat perubahan.Saya tulis laporan dalam Bahasa Inggeris.Terkejut beruk mereka.Bukan kerana bahasa Inggeris yang terlalu bagus tetapi terlalu lucu dengan istilah yang tiada dalam kamus Oxford.Saya buat tidak tahu sahaja walaupun dalam hati ada rasa kesal.
Lama-kelamaan bahasa Inggeris saya semakin baik dan boleh diterima pakai.Saya belajar sendiri dengan membeli kamus Oxford dan membaca suratkhabar The Star.
Pengajaran dari cerita ini mudah sahaja.Kelemahan yang kita ada boleh ditransformasikan melalui proses belajar.Lama kelamaan kita akan mahir juga.Paling penting jangan berputus asa dan terus berusaha.
Saya simpulkan dengan pantun ini.
Saya bermimpi ikan duyung,
Mana mungkin ada benarnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung,
Mana mungkin dapat sagunya.
Sekian sahaja.Terima kasih.Mohon permisi.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori
kisah saya
dengan judul
Pengalaman Awal Berbahasa Inggeris (II)
. Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL
http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/pengalaman-awal-berbahasa-inggeris-ii.html
. Terima kasih!
Ditulis oleh:
mrhanafi
-
Saturday, 2 February 2013
7 komentar untuk " Pengalaman Awal Berbahasa Inggeris (II) "
Kira versi Oh My English la mcm ni.. hehe.. tp.. dgn pengalamanlah kita dapat belajar sesuatu.. ^^
Assalam...
May I dropby here.. :D
pengalaman mendewasakan seseorang..
why not..please come again and again.Thanks.
kawan penah keje kat company cina, mmg gune omputih jela kan.. hari2 kuar buat support kat company lain kalo tak tau speaking mmg diorang tak lyn.. ergghh... nasiblah baik pernah kuhafal lagu nirvana.. wakaka.. terselit lirik spider plak..
Susah mau cakap..mau tidak mau mesti expert juga English nie..internet lagilah pakai English..
Of course I will, insyaAllah...same goes to you overthere...please pay a visit now and then.. tq =D
Post a Comment