Adik saya dari kampung selalu menghubungi saya melalui telefon.Memang menjadi rutin dia menelefon saya sekali dalam seminggu.Kami biasa akan bersembang panjang.Pelbagai topik yang kami bualkan dari soal keluarga hingga ke bab polilitik.
Saya bukan peminat politik tegar.Saya sekadar mahu tahu dan untuk memastikan saya tidak ketinggalan isu politik saya terpaksa juga membaca bahan yang berkaitan.Selain itu saya akan terpanggil untuk mengetahui berita terkini melalui tv dan radio.
Berbalik dengan kisah adik saya tadi.Dia memang fanatik dengan politik terutama melibatkan parti pembangkang.Pengetahuan dia tentang perkembangan politik jauh ke depan berbanding saya.Ketegaran dia melayari dan membaca blog politik usah disanggah lagi.Nasib baik dia tidak mempunyai blog.Saya pun tidak galakkan dia mempunyai blog politik kerana takut banyak maklumat tidak baik berbanding perkara yang bermanfaat.
Dengan pengetahuan dan maklumat yang dia miliki itu menjadi modal kepadanya untuk memberi pandangan dan ulasan kepada saya.Sudah tentu saya tidak berdiam diri apabila banyak perkara yang dia utarakan tidak tepat dan boleh diragui kebenarannya.Saya pertahankan pendapat saya dengan bukti dan logik akal yang munasabah.Kadang-kadang saya takut juga berbicara lebih kerana tersalah cakap boleh mengeruhkan hubungan adik beradik.
Melihat kembali kepada senario politik mutakhir ini saya rasa tidak boleh berpeluk tubuh.Saya perlu ambil peranan dengan menyampaikan kebenaran kerana kebenaran yang tersorok boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang dangkal pemikirannya.Mereka harus didedahkan dengan perkara yang realiti bukan falasi (fantasi).
Memang dalam politik tiada yang sempurna.Setiap pemimpin yang akan bertanding tidak kira pro kerajaan atau pembangkang akan menggunakan teknik serangan.Mereka menyerang dan membongkar keburukan pihak lawan.Siapa yang paling kuat menghebahkan keburukan pihak lawan akan menampakkan kebaikan pihak yang satu lagi.Proses ini berterusan dan dikitar semula serta dipelbagaikan supaya lebih sensasi.
Rakyat jelata perlu berhati-hati dengan isu politik terutama melibatkan soal agama.Tidak kira secara langsung atau sebaliknya terutama membabitkan soal akidah.Lebih parah lagi yang mempermainkan soal dosa dan pahala.Sedangkan orang yang kurang cerdik macam saya ini yakin bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai ada pahala atau tidak amalan seseorang.Cuma bab dosa memang sudah terang lagi bersuluh kalau kita buat zina,judi,memfitnah atau tidak solat 5 waktu.
Saya berharap menjadi rakyat yang matang dan bijak dalam menilai isu-isu politik negara.Adalah terlalu mustahil untuk bebas sepenuhnya dari pengaruh politik selagi kita tinggal dalam kelompok masyarakat dan negara bangsa.Lainlah kalau tinggal di dalam hutan belantara seorang diri.Tiada teman dan tiada saudara yang bergelar manusia.
Semoga tarikh 20 April 2013 menjadi titik permulaan kepada pemilihan calon yang bertanding nanti.Sekiranya ada pertandingan sudah tentu tarikh keramat 5 Mei 2013 menjadi sejarah dalam penentuan mandat pembentukan kerajaan.Saya terus menunggu untuk mengundi. Jika menang tanpa bertanding di kawasan parlimen saya bermakna kelancaran pelan pembangunan akan berterusan.Insya Allah.
10 komentar untuk " Bila Si Abang Dan Si Adik Berbicara Tentang Politik "
Salam manis... :)
Selagi belum reda dan selagi belum berakhirnya pilihanraya maka masing-masing sibuk memperkatakan mengenai politik tanahair...even budak-budak sekolah pun dah advance sekarang tak terkecuali anak-anak Ummi.. :D
jangan ikut apa orang undi tapi undilah secara logik. jangan jadi individu yang cepat sangat termakan perangkap. hehehehe
Sekarng ni dah tak tahu siapa yang betul. Hanya akal yang bijak dan waras dapat tentukan. Undi la secara berhemat supaya tidak tersilap memilih pemimpin kelak.
politik sudah menjadi sebahagian dalam hidup kita.
undi adalah rahsia...demokrasi itu adil kerana setiap orang berhak untuk menentukan pemimpin yang dihendaki..
Kadang2 akal pun tidak dapat menilai mana kebenaran .tanya sama hati kerana hati tidak pernah menipu tuan punya badan
Entah la..politik Malaysia nampak bercelaru..hehe
saya jadi takut nak mengundi bila keluar fatwa macam2
http://www.suterablogger.com
politik memang macam tu..lebih banyak keliru daripada ketelusan..
tak perlu takut...dan kalau ada rasa was-was solat istikarah dahulu.
Post a Comment